Tarikh : 02 April 2019 Masa : 2.00PM - 5.00PM Lokasi : PI KG RANAU Peserta : 5 Orang |
Tujuan
Aktiviti ini bertujuan untuk memberi pengenalan asas Microsoft Power Point 2016 dengan menerokai komponen-komponen di dalam aplikasi ini. Para pelajar juga dapat mengetahui lebih mendalam mengenai setiap fungsi -fungsi didalam microsoft power point. Disamping itu juga, kelas ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar tentang asas animasi dan paparan dengan menggunakan aplikasi ini sekaligus membantu dan membimbing mereka untuk membuat kerja-kerja harian/ atau tugasan pada masa akan datang.
Aktiviti
Para peserta terlebih dahulu diberi pengenalan asas Microsoft Power Point secara teori. Mereka perlu memahami dan mengetahui setiap komponen-komponen di dalam aplikasi ini sebelum membuat kerja dengan menggunakan Power Point. Disamping itu juga, para peserta di dedahkan mengenai asas presentasi dalam bentuk slide yang dilengkapi dengan image, video, audio, clipart dan sebagainya yang terdapat di dalam aplikasi ini. Petugas PI Kg Ranau memberikan tugasan kepada peserta supaya mereka lebih memahami dan mahir menggunakan aplikasi ini.