Tujuan

Kelas Keusahawanan  Muda dengan pelajaran Pengenalan Media Sosial  & My Shop kepada pelajar bertujuan memberi pengetahuan tentang jenis-jenis media sosial serta kepentingannya dalam konsep usahawan. Kelas ini dapat membantu  melahirkan usahawan muda khusus  untuk warga komuniti di sekitar kampung Ranau ini. Disamping itu dapat memperkenalkan kepentingan Dashboard Komuniti My Shop kepada pelajar.

Aktiviti

Kelas dimulakan dengan Pengenalan ringkas  daripada Petugas PI tentang maksud Usahawan Muda dan Media Sosial kepada pelajar. Mereka dikehendaki mencari maklumat -maklumat yang berkaitan dengan usahawan muda dan media sosial untuk rujukan mereka.  Kemudian pelajar dikehendaki membuka Dashboard komuniti dan memilih My Shop, dan petugas menerangkan fungsi my shop. Sesi soal jawab diadakan bagi memberi pemahaman dan penerangan kepada pelajar supaya mereka mengingati maklumat yg mereka  telah belajar. Melalui aktiviti ini dapat memupuk semangat Keusahawanan Muda untuk ahli Pi Kg Ranau.

Gambar Disini