Tarikh : 08 April 2019 Masa : 2.00PM- 5.00PM Lokasi : PI KG RANAU Peserta : 8 Orang |
Tujuan
Kelas ICT pada kali ini adalah bertujuan untuk memberi asas pengenalan kemahiran berkaitan Microsoft Office Word 2016 kepada para pelajar sekolah rendah. Disamping itu juga, dapat memperkenalkan mereka tentang pentingnya penggunaan komputer pada masa kini. Sekaligus, mendedahkan mereka bagaimana menggunakan komputer dengan baik. Selain daripada itu, Modul ini juga bertujuan untuk memberi asas kemahiran kemahiran tentang Microsoft Office Word 2016 kepada Para pelajar dan memberi pendedahan asas penggunaan MS Word 2016 secara terperinci.
Aktiviti
Terlebih dahulu, para pelajar telah diajar melalui teori dan praktikal. Secara teori, para peserta telah diajar dengan mengetahui setiap komponen-komponen yang terdapat didalam Ms Word 2016. Para peserta diajar untuk menerokai setiap penggunaan didalam Ms Word 2016 serta fungsinya. Disamping itu juga, peserta juga diberikan tugasan cara-cara menggunakan Ms Word untuk menaip surat tidak rasmi. Secara keseluruhannya, para peserta dapat memahami fungsi serta kegunaan komponen yang ada didalam Ms Word 2016 dengan lebih terperinci dengan adanya kelas ICT ini.