Tujuan

Aktiviti Klik Dengan Bijak untuk Pengenalan Youtube  dijalankan kepada ahli pusat internet supaya mereka mengetahui fungsi youtube pada masa kini. Sekaligus, memperkenalkan kepada mereka tentang kepentingan dan keburukan penggunaan youtube .  Tujuan kelas ini juga agar dapat membantu dan membimbing mereka dengan lebih terperinci tentang penggunaan youtube dalam mencari perbandingan sumber maklumat supaya mereka dapat membezakan mana yang bermanfaat kepada mereka.

Aktiviti

Para peserta diberi penerangan mengenai sejarah Youtube dan kepentingan Youtube dalam semua bidang daripada petugas Pi. Kemudian peserta dikehendaki mencari maklumat yang boleh memberi manfaat kepada mereka di Youtube supaya mereka dapat membezakan pelbagai sumber maklumat yang terdapat dalam laman ini. Setelah selesai, mereka dikehendaki menaip semula maklumat yang telah mereka perolehi dan fahami mengenai Youtube menggunakan Microsoft Word. Petugas juga mengadakan sesi soal jawab kepada peserta supaya mereka lebih memahami Klik dengan Bijak menggunakan Youtube. 

Gambar Disini