Tujuan

Latihan Media baru (Facebook, Instagram) ini bertujuan untuk membantu pelajar sekolah rendah yang masih lagi belum mempunyai akaun facebook dan instagram sendiri. Aktiviti ini dapat membolehkan peserta dapat membuka akaun email dan berinteraksi dengan kawan-kawan melalui atas talian dan dapat menggunakan media baru ini dengan baik. Selain itu, aktiviti ini dapat membantu mewujudkan masyarakat digital dalam mengikut peredaran masa. 

Aktiviti

Aktiviti ini dimulai dengan memberi penerangan tentang fungsi-fungsi media baru kepada para pelajar kemudian petugas memberi tunjuk ajar bagaimana untuk membuka akaun facebook dan instgram menggunakan email sendiri. Kemudian para peserta mengisi maklumat penting dalam akaun mereka. Selain itu, petugas juga memberi perkongsian mengenai keselamatan password yang mereka boleh guna seterusnya Klik dengan Bijak dapat disampaikan kepada peserta secara langsung.

Gambar Disini