Tarikh : 26 April 2019 Masa : 2.00PM- 5.00PM Lokasi :PI Kg Ranau Peserta : 9 Orang |
Tujuan
Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan pendidikan secara online kepada pelajar ahli PI Kg Ranau. Program e-learning bahasa inggeris ini sangat membantu meningkatkan ilmu kemahiran para pelajar didalam penggunaan bahasa inggeris yang mana merupakan bahasa yang harus dimahiri pada masa kini terutama di kalangan pelajar sekolah rendah. Program e-learning ini juga memberi kesedaran tentang pentingnya ilmu ICT kepada para pelajar pada masa kini. Disamping itu, tujuan program ini diadakan adalah agar para pelajar PI Kg Ranau memanfaatkan keahlian mereka dengan baik dan berguna. Program ini juga bertujuan untuk mendekatkan ahli PI dengan PI Kg Ranau.
Aktiviti
Para pelajar diberi penerangan tentang e-learning bahasa inggeris terlebih dahulu oleh petugas PI. Kemudian mereka akan belajar menggunakan laman web tersebut iaitu http://www.funenglishgames.com dan menerokai dengan lebih terperinci permainan bahasa inggeris yang ada terdapat didalam laman web tersebut. Secara keseluruhannya, program sebegini amat baik kepada pelajar kerana dapat mendedahkan mereka dengan sistem pembelajaran secara online yang amat menyeronokkan dan boleh menarik minat mereka untuk lebih fokus kepada subjek-subjek pembelajaran yang lebih mencabar minda pada masa kini.