Tujuan

Kelas Asas Adobe Photoshop cs6 dan Ms Publisher 2016 ini diteruskan lagi untuk memberi kemahiran menyunting imej dan teks kepada para belia tentang asas penggunaan kedua-dua perisian ini. Para belia dapat menyambung pembelajaran bagaimana hendak menghasilkan sebuah grafik atau imej dan teks yang menarik untuk kegunaan hasil kerja mereka dengan menggunakan perisian ini. Disamping itu, aktiviti ini dapat memberi kesedaran tentang pentingnya komputer pada masa kini kepada golongan belia dan pentingnya ilmu ICT sekaligus dapat melahirkan masyarakat digital.

Aktiviti

Kelas dimulakan dengan  penerangan kepada petugas tentang kepentingan penggunaan Adobe Photoshop dan Ms Publisher dalam menyunting gambar serta teks. Seterusnya, petugas PI Kg Ranau mengajar para belia tentang fungsi-fungsi peralatan suntingan yang terdapat didalam adobe photoshop ini. Para belia secara praktikal menggunakan perisian yang dibimbing oleh petugas PI. Selepas selesai belajar adobe photoshop, para belia meneruskan pembelajaran Ms Publisher. Kemudian, petugas PI memberikan tugasan membuat poster supaya mereka lebih menguasai kemahiran ini. Peserta yang berjaya menghasilkan poster mengikut tema akan diberikan hadiah. 

Gambar Disini