Tujuan

Aktiviti ini bertujuan untuk menyebarkan info dan mempelajari agama kepada ahli pi dalam membentuk masyarakat yang berakhlak dan bermoral . Selain itu, aktiviti menonton video menggunakan televisen memainkan peranan penting dan mempunyai pelbagai fungsi seperti menyampaikan maklumat, hiburan, didikan dan seumpamanya serta menyumbang kepada pembangunan sesebuah negara itu. Selain itu media seperti turut berpengaruh dalam pembentukan akhlak dan sikap masyarakat terutama generasi kanak-kanak dan remaja. Mini cinema menggunakan televisen juga sesuai digunakan untuk menyebarkan info dan mempelajari agama kerana sifatnya yang menggabungkan elemen audio dan visual yang dilihat lebih inovatif dan kreatif. Aktiviti ini juga bertujuan untuk mengisi masa lapang para ahli pi waktu petang dan mendekatkan lagi mereka dengan PI Kg Ranau.

Aktiviti

Aktiviti bermula dengan sesi tayangan video mengenai cerita-cerita nabi dan puasa kepada ahli pi kg Ranau menggunakan televisen. 

Gambar Disini