Tujuan

Aktiviti ini bertujuan untuk mengajak komuniti terutamanya kanak-kanak dan remaja mengaplikasikan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran berfikir secara lebih praktikal dalam melakukan aktiviti berfeadah. Selain itu, ia boleh memupuk dan mewujudkan kemampuan pemikiran kreatif yang baik serta berkesan dengan menggunakan Microsoft Word 2016. Melalui aktiviti kreatif DIY ini dapat meningkatkan kemahiran menyunting gambar dan teks berdasarkan pelajaran Kelas ICT yang mereka telah sertai di pusat internet Kg Ranau. Disamping itu, pengenalan ringkas mengenai 'Klik dengan Bijak'   dapat membantu memberi pengetahuan mengenai pentingnya Keselamatan Penggunaan Internet dengan betul.

Aktiviti

Aktiviti ini dimulakan dengan pengenalan ringkas mengenai Klik dengan Bijak. Kemudian para petugas menerangkan beberapa konsep yang harus mereka ketahui dan fahami. Selepas itu, aktiviti Kreatif DIY  Penanda Buku diteruskan dengan penerangan daripada Petugas PI dengan menggunakan ms word 2016 dan pembahagian bahan-bahan kepada para peserta yang telah disediakan oleh petugas PI Kg Ranau. Setelah siap , para peserta dapat menyiapkan penanda buku dengan kreatif dan kemas dapat membawa balik hasil kraetiviti mereka. Secara keseluruhannya, para peserta berjaya untuk menyelesaikan hasil kreatif mereka dan memahami konsep Klik dengan Bijak.

Gambar Disini