Tujuan

Kelas Advokasi KDB "Mengurus jejak Digital anda" merupakan sambungan modul pelajaran  daripada menjadi mata-mata gelap di internet. Objektif kelas ini adalah pemerkasaan pelajar-pelajar untuk membuat keputusan yang selamat dan wajar di ruangan internet dengan mempelajari beberapa topik yang terdapat dalam modul ini. Dalam sesi pembelajaran ini, para pelajar akan dapat mengetahui betapa pentingnya untuk melindungi kata laluan dan dapat belajar cara untuk membuat kata laluan yang kukuh dan sukar diteka.

 

Aktiviti

Kelas dimulakan dengan sesi penerangan daripada Petugas PI Kg Ranau tentang topik pembelajaran Advokasi KDB "Mengurus jejak Digital anda".  Para pelajar diedarkan buku panduan pelajar supaya mereka boleh merujuk nota-nota penting yang disampaikan oleh Petugas PI Kg Ranau.  Penayangan Video dan sesi soal jawab diadakan supaya mereka lebih memahami dan mengingati sesi pembelajaran ini. Melalui aktiviti ini pelajar dapat mengetahui dan mempelajari kepentingan kewarganegaraan dunia internet pada masa kini. 

Gambar Disini