Tujuan

Kelas Keusahawanan Muda diteruskan lagi dengan pelajaran Pengenalan Ilmu Pemasaran  & Idola kanak-kanak bergelar jutawan kepada pelajar bertujuan memberi pengetahuan asas tentang cara-cara memasarkan produk dan perkhidmatan. Selain itu, objektif kelas ini juga supaya para pelajar dapat mengetahui  dan menjadikan inspirasi usahawan kanak-kanak yang telah berjaya dan bergelar usahawan muda. Kelas ini dapat membantu  melahirkan usahawan muda khusus  untuk warga komuniti di sekitar kampung Ranau ini. 

Aktiviti

Kelas dimulakan dengan Pengenalan ringkas  daripada Petugas PI tentang maksud Usahawan Muda dan ilmu pemasaran kepada pelajar. Mereka dikehendaki mencari maklumat -maklumat yang berkaitan dengan usahawan muda dan contoh ilmu pemasaran untuk rujukan mereka. Petugas Pi juga menunjukkan beberapa Usahawan Kanak-kanak yang bergelar jutawan dalam usia yang muda supaya kanak-kanak mendapat inspirasi dalam menjadi usahawan muda. Sesi soal jawab diadakan bagi memberi pemahaman dan penerangan kepada pelajar supaya mereka mengingati maklumat yg mereka  telah belajar. Melalui aktiviti ini dapat memupuk semangat Keusahawanan Muda untuk ahli Pi Kg Ranau.

Gambar Disini