Tujuan

Aktiviti ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada asas penggunaan komputer dan meningkatkan kemahiran menaip dengan cara yang betul. Peserta akan dapat belajar bagaimana cara menggunakan papan kekunci untuk menaip melalui Microsoft Word . Disamping itu aktiviti ini adalah untuk menyampaikan betapa pentingnya komputer pada masa kini dan seterusnya adalah untuk mendekatkan mereka dengan PI Kg Ranau. 

Aktiviti

Aktiviti bermula dengan sesi penerangan ringkas daripada Petugas PI mengenai kepentingan latihan asas menaip. Selepas itu, peserta akan mengikuti latihan yang diberikan cara-cara mengunakan papan kekunci untuk meniap menggunakan Ms Word 2016 .Secara keseluruhannya, para peserta memahami akan cara penggunaan papan kekunci dan kemahiran menaip dengan betul.