Tarikh : 21 Jun 2019 Masa : 9.00AM- 11.00AM Lokasi : PI KG RANAU Peserta : 5 Orang |
Tujuan
Aktiviti ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada asas penggunaan komputer dan meningkatkan kemahiran menaip dengan cara yang betul. Peserta akan dapat belajar bagaimana cara menggunakan papan kekunci untuk menaip melalui Microsoft Word dan mengenali komponen-komponen yang terdapat didalam Microsoft Office Word 2016. Tujuan aktiviti ini diadakan juga adalah untuk memberi pendedahan kepada penulisan surat kiriman rasmi kepada pelajar sekolah. Disamping itu aktiviti ini adalah untuk menyampaikan betapa pentingnya komputer pada masa kini dan seterusnya adalah untuk mendekatkan mereka dengan PI Kg Ranau.
Aktiviti
Aktiviti bermula dengan sesi penerangan ringkas daripada Petugas PI mengenai kepentingan latihan asas menaip dan juga memberi penerangan format surat kiriman rasmi kepada pelajar yang terlibat. Selepas itu, peserta akan mengikuti arahan yang diberikan bagaimana untuk membuat surat kiriman rasmi dan mengajar cara-cara mengunakan papan kekunci untuk menaip melalui Ms Word 2016 .Secara keseluruhannya, para peserta memahami akan cara penggunaan papan kekunci dan kemahiran menaip dengan betul dan dapat mempelajari cara membuat surat kiriman rasmi secara bertaip.