Tujuan

Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan pendidikan secara online kepada pelajar ahli PI Kg Ranau. Program e-learning Sejarah ini sangat membantu meningkatkan ilmu dan memperolehi banyak pengajaran berdasarkan tajuk-tajuk sejarah.  Program e-learning ini juga dapat memupuk minat pelajar dalam mempelajari subjek ini . Disamping itu, tujuan program ini diadakan adalah agar para pelajar PI Kg Ranau memanfaatkan keahlian mereka dengan baik dan berguna. Program ini juga bertujuan untuk mendekatkan ahli PI dengan PI Kg Ranau. 

 Aktiviti

Para pelajar diberi penerangan tentang e-learning sejarah terlebih dahulu oleh petugas PI. Kemudian mereka akan belajar menggunakan laman web tersebut iaitu https://quizizz.com/admin/quiz/kuiz-kemerdekaan-tahun-2018 dan menjawab kesemua soalan kuiz berkaitan sejarah Malaysia. Secara keseluruhannya, program sebegini amat baik kepada pelajar kerana dapat mendedahkan mereka dengan sistem pembelajaran secara online yang amat menyeronokkan dan boleh menarik minat mereka untuk lebih fokus kepada subjek-subjek pembelajaran yang lebih mencabar minda pada masa kini. 

Gambar Disini