Tarikh : 21 Jun 2019 Masa : 2.00PM- 5.00PM Lokasi : PI KG RANAU Peserta : 1 Orang |
Tujuan
Kelas ICT ini adalah bertujuan untuk memberi asas pengenalan kemahiran berkaitan Microsoft Office publisher 2016 kepada belia yang ingin mempelajari untuk membuat penerbitan seperti calender, brosure, banner dan kad nama yang boleh dihasilkan oleh perisian ini. Objektif kelas ini juga bertujuan untuk memperkenalkan mereka tentang pentingnya penggunaan komputer pada masa kini. Selain daripada itu, Modul ini juga bertujuan membantu pelajar untuk menyiapkan tugasan mereka dalam Microsoft Office Publisher 2016.
Aktiviti
Terlebih dahulu, peserta diajar secara teori dan praktikal menggunakan perisian ini daripada Petugas PI dengan mengetahui setiap komponen-komponen yang terdapat didalam Ms Publisher 2016. Para peserta diajar untuk menerokai setiap penggunaan didalam Ms Publisher 2016 serta fungsinya. Peserta juga diberikan tugasan untuk membuat brosure supaya peserta lebih mahir menggunakan perisian ini. Secara keseluruhannya, para pelajar dapat memahami fungsi serta kegunaan komponen yang ada didalam Ms Publisher 2016 dengan lebih terperinci dengan adanya kelas ICT ini.