Tujuan

Program My Health ini bertujuan untuk mewujudkan komuniti yang lebih celik kesihatan dan berinisiatif tinggi dalam meningkatkan tahap kesihatan mereka sepertimana menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Program ini juga bertujuan memberi pengetahuan dan memupuk kesedaran tentang penjagaan kesihatan dan cara hidup sihat dalam kehidupan seharian. 

Aktiviti

Para peserta diberi taklimat terlebih dahulu tentang objektif program dan kemudian petugas PI menerangkan aplikasi Dashboard MyHealth kepada peserta untuk memudahkan mereka memasukan data kesihatan dalam aplikasi ini. Petugas PI melakukan Pemeriksaan Kesihatan ( BMI dan pemeriksaan tekanan darah ) kepada setiap peserta. Program My Health diteruskan dengan aktiviti Kuiz Online kategori dewasa Jom Sihat. Seterusnya aktiviti terapi tari yang melibatkan senamrobik di kendalikan oleh Petugas Pi turut dijalankan supaya warga komuniti tahu bagaimana mengendali stress melalui terapi tarian. Secara keseluruhannya,  mereka sangat berbesar hati dan menyokong akan aktiviti kemasyarakatan seperti ini sekaligus dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim bersama PI dan juga komuniti dan mendekatkan mereka dengan PI. 

Gambar Disini