Tarikh : 23 Jun 2019 Masa : 2.00PM- 5.00PM Lokasi : PI KG RANAU Peserta : 7 Orang |
Tujuan
Aktiviti advokasi KDB Digital Native ini bertujuan memberi pengetahuan kepada pelajar mengenai kemajuan teknologi digital dalam masyarakat masa kini mengikut generasi digital native. Melalui aktiviti ini juga dapat mendidik para pelajar untuk memanfaatkan informasi digital dengan baik dalam pembelajaran maupun memberi impak dalam kehidupan masyarakat.
Aktiviti
Aktiviti ini bermula dengan sesi penayangan video mengenai Digital Native, kemudian petugas memberi penerangan mengenai Generasi Z kepada peserta supaya mereka lebih memahami konsep ini. Sesi soal jawab turut diadakan bagi menyelesaikan setiap persoalan daripada peserta. Akhir daripada aktiviti ini, peserta dapat menyedari betapa pentingnya kesedaran kepada pengguna tentang etika penggunaan media sosial, ancaman adan cabaran dihadapi ICT semasa dalam pembentukan sebuah masyarakat Malaysia yang maju.