Tujuan

Kelas Video Editor ini bertujuan memberi kemahiran mengambil rakaman video menggunakan kamera yang terdapat di komputer. Melalui aktiviti ini peserta dapat memanfaatkan kemahiran mengambil video untuk kegunaan menyiapkan tugasan memandangkan pada masa era globalisasi ini kemajuan teknologi khusus dalam media sosial memerlukan seseorang mempunyai asas ilmu berkaitan multimedia seperti mengedit video dan gambar. Kelas ini juga dapat membantu mewujudkan masyarakat digital terutamanya golongan pelajar.

Aktiviti

Kelas dimulakan dengan sesi penerangan daripada Petugas PI Kg Ranau tentang topik Video Editor dan cara-cara menggunakan kamera komputer.  Seterusnya, peserta dikehendaki merakam video bersama rakan-rakan mereka dengan tajuk Biodata Kawan Saya.  Petugas juga mengajar peserta cara-cara asas mengedit video dan menyimpan video untuk kegunaan sendiri. Akhir daripada kelas ini, peserta dapat mempelajari cara-cara merakam video sekaligus dapat menggunakan kemudahan yang terdapat di Pusat Internet Kg Ranau.

Gambar Disini