Tujuan

Kelas Advokasi "menghormati diri anda dan orang lain" merupakan sambungan  pelajaran  KDB Mengurus jejak Digital anda. Objektif kelas ini adalah supaya pelajar dapat mengenal pasti dan menyemak mesej-mesej yang melanggar etika dan membuat penilaian sama ada tindakan selanjutnya diperlukan. Disamping itu,melalui kelas ini pelajar akan dapat belajar mengenai peraturan Kewarganegaraan Internet iaitu peraturan perilaku yang wajar di internet dan peraturan di Youtube dalam menghormati diri dan orang lain. 

Aktiviti

Kelas dimulakan dengan sesi penerangan daripada Petugas PI Kg Ranau tentang topik pembelajaran Advokasi "menghormati diri anda dan orang lain.  Para pelajar diedarkan buku panduan pelajar supaya mereka boleh merujuk nota-nota penting yang disampaikan oleh Petugas PI Kg Ranau.  Penayangan Video dan sesi soal jawab diadakan supaya mereka lebih memahami dan mengingati sesi pembelajaran ini.Pelajar juga diberikan tugasan untuk menyenaraikan garis panduan YouTube yang mereka ketahui. Melalui aktiviti ini pelajar dapat mengetahui dan mempelajari garis panduan kewarganegaraan internet dalam menghormati kepercayaan dan pendapat semua orang.

Gambar Disini