Tujuan

Aktiviti membaca Surat Khabar Digital ini bertujuan untuk menambahkan ilmu pengetahuan dan memupuk minat membaca dalam kalangan pelajar pada masa kini. Media baharu seperti surat khabar elektronik dapat membantu pelajar mendapatkan maklumat  atau mengikuti perkembangan semasa. Kemajuan teknologi  maklumat dan komunikasi ICT pada masa kini menuntut pelajar untuk bergerak pantas serta boleh mendapat sumber atau berita dimana saja. Kelebihan akhbar digital  seperti https://www.beritaharian.com.my yang boleh diakses disemua lokasi yang mempunyai kemudahan internet memudahkan urusan pelajar.

Aktiviti

Para pelajar diberi penerangan mengenai kepentingan membaca dan isu-isu yang terdapat dalam surat khabar elektronik. Kemudian pelajar dikehendaki membaca surat khabar elektronik di laman web https://www.beritaharian.com.my.  dan  boleh memilih tajuk berita yang mereka hendak baca . Secara keseluruhannya, aktiviti ini dapat membantu mengisi masa lapang pelajar dengan berfeadah apabila mereka datang ke Pusat Internet dan memanfaatkan kemudahan yang ada.

Gambar Disini