Tarikh : 09 Julai 2019 Masa : 9.00Am- 12.00Pm Lokasi : Pi Kg Ranau Peserta : 1 Orang |
Tujuan
Latihan ini bertujuan untuk memberi kemahiran keusahawanan melalui suntingan imej menggunakan perisian Adobe Photoshop CS6. Latihan ini dapat membantu peserta mempromosikan dan mempelajari bagaimana untuk menyunting imej terutamanya poster iklan dalam pemasaran produk mereka di media sosial. Kesedaran pentingnya internet pada masa kini dan kesedaran kemahiran keusahawanan yang luas melalui penggunaan internet (Online Marketing).
Aktiviti
Petugas PI memberi penerangan tentang kepentingan internet dalam kemahiran keusahawanan pada masa kini kepada peserta. Kemudian kemahiran keusahawanan untuk suntingan imej diteruskan, Petugas PI mengajar cara-cara menyunting gambar menggunakan adobe photoshop. Peserta diberikan tugasan untuk menyunting imej dan akan dinilai oleh petugas PI Kg Ranau. Melalui aktiviti ini peserta akan lebih mengingati cara-cara menyunting imej untuk membuat poster dan kad bisnes.