Tujuan

Teater Pendidikan merupakan satu seni dalam persembahan yang menggabungkan seni lakonan dengan pelbagai yang lain seperti seni muzik. Pengajaran teater dalam pendidikan merupakan satu aktiviti yang berpusatkan murid dan pengajaran mampu menjadi medium untuk mencapai perpaduan kaum dan komuniti setempat. Aktiviti ini juga dapat menggalakkan murid untuk memahami dan menjiwai permasalahan dalam khalayak masyarakat dengan menjiwai watak dan skrip . ini secara tidak langsung dapat menerapkan nilai-nilai murni dalam diri pelajar dan mampu meningkatkan potensi dalam diri mereka. 

 Aktiviti

Para pelajar diberi penerangan tentang definisi dan kepentingan teater pendidikan supaya mereka memahami konsep teater pendidikan. Petugas akan memberikan alat-alat dan pakaian teater untuk digunakan dalam persembahan mereka. Melalui aktiviti ini, mereka akan dibimbing untuk berkomunikasi secara bersuara atau tanpa bersuara ( body language ) dengan berkesan. Mereka juga kan dilatih dengan penggunaan laras bahasa mengikut konteks dan situasi yang sesuai melalui aktiviti simulasi serta main peranan dalam teater ini. selain itu, aktiviti ini juga dapat memberi pengajaran dan pembelajaran di Pusat Internet lebih menarik serta menyeronokkan.

Gambar Disini