Tujuan

Aktiviti ini bertujuan untuk menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan demi menyampaikan mesej setia kepada negara. Acara pertandingan menjawab kuiz dapat memupuk semangat patriotik dalam kalangan pelajar dan sebagai satu didikan kepada generasi baharu agar menghargai pengorbanan dan perjuangan generasi dahulu serta berusaha mempertahankan tanah air dari cengkaman penjajah. Selain itu, melalui pembelajaran sejarah pelajar dapat memahami kepentingan sebuah negara merdeka, menghargai pemimpin dan jasa pejuang agar sejarah kemerdekaan ini tidak hilang ditelan oleh arus pemodenan.  

 Aktiviti

Para pelajar diberi penerangan tentang definisi dan sejarah mengenai Kemerdekaan supaya generasi baru dapat lebih memahami dan mengingati erti sebuah kemerdekaan. Sesi soal jawab  dan menjawab kuiz kemedekaan turut diadakan untuk menghidupkan sambutan bulan kebangsaan. Aktiviti ini dapat mendidik generasi muda untuk terus mencintai negara Malaysia. 

Gambar Disini