Tarikh : 02 September 2019 Masa : 2.00Pm - 5.00Pm Lokasi : Pi Kg Ranau Peserta : 16 Orang |
Tujuan
Kelas Advokasi "mengenal pasti muslihat dan penipuan di internet" merupakan Modul 3 pelajaran mengenai Klik dengan Bijak. Objektif kelas ini supaya pelajar memahami bahawa tidak semua yang mereka lihat di internet adalah benar, dan bagaimana untuk mengenali penipuan di ruangan tersebut. Selain itu, pelajar juga akan mengulang kaji bagaimana untuk melindungi diri mereka dari penipuan dan mempelajari tindakan yang perlu diambil sekiranya menjadi mangsa penipuan.
Aktiviti
Kelas dimulakan dengan sesi penerangan daripada Petugas PI Kg Ranau tentang topik pembelajaran Advokasi "mengenal pasti muslihat dan penipuan di internet". Para pelajar diedarkan buku panduan pelajar supaya mereka boleh merujuk nota-nota penting yang disampaikan oleh Petugas PI Kg Ranau. Penayangan Video "steering clear of cyber tricks" dan sesi soal jawab diadakan supaya mereka lebih memahami dan mengingati sesi pembelajaran ini.Pelajar juga diberikan tugasan permainan untuk menjawab soalan aktiviti pasca penilaian" Anda mahu jadi Jutawan" . Melalui aktiviti ini pelajar dapat belajar bagaimana untuk menhindari muslihat dan penipuan di internet, dan juga amalan terbaik dalam pengendalian diri.