Tarikh : 10 September 2019 Masa : 2.00Pm- 5.00Pm Lokasi : Pi Kg Ranau Peserta : 10 Orang |
Tujuan
Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar ahli PI Kg Ranau mengenai grooming siber yang sering diperkatakan pada hari ini dan pembelajaran secara ringkas mengenai kepentingan Dashboard Komuniti. Maksud grooming siber merupakan proses membina hubungan melalui emosional dengan mangsa untuk mendapatkan kepercayaan mereka dengan cara eksploitasi dan penderaan masa depan. Melalui aktiviti ini , pelajar akan dapat mengetahui info-info yang berguna semasa melayari internet.
Aktiviti
Para pelajar diberi penerangan tentang maksud Cyber Grooming dan contoh -contoh yang berlaku. Kemudian, pelajar menonton video dan mencari maklumat di internet mengenai tajuk ini supaya peserta lebih memahami dan mengingati apa yang telah mereka pelajari. Petugas PI turut menerangkan kepada pelajar tentang langkah-langkah agar mereka tidak terjebak dengan grooming siber ini. Selepas itu, para pelajar akan menulis semula pemahaman mereka mengenai grooming siber dalam Dashboard Komuniti.