Tarikh : 11 September 2019 Masa : 9.30Am- 11.30Am Lokasi : Pi Kg Ranau Peserta : 22 Orang |
Tujuan
Program Lawatan ini bertujuan untuk memberi info tentang pengenalan, fungsi serta objektif Pusat Internet Kg Ranau serta menjayakan Program "Komunikasi dan ICT" kepada pihak guru serta murid Tabika Perpaduan KRT Marudu Laut, Kota Marudu, Sabah. Selain itu juga, program lawatan ini dijalankan untuk memberi info tentang ilmu pengetahuan dan pembelajaran e-learning melalui laman sesawang yang ada kepada murid tabika. Program ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada peserta yang terlibat akan kepentingan Komputer dan pengetahuan ICT pada masa kini. Disamping itu, program ini juga bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturahim sesama komuniti dan juga para guru serta petugas PI Kg Ranau.
Aktiviti
Program ini dihadiri dengan para guru serta murid-murid daripada tabika Perpaduan KRT Marudu Laut. Program dimulai dengan sesi pengenalan tentang Pusat Internet Kg Ranau dan menerangkan tentang kebaikan sekiranya menjadi Ahli PI kepada ibubapa dan juga guru. Seterusnya sesi diteruskan dengan penayangan video program-program yang telah dijalankan oleh PI Kg Ranau sebelum ini selama 30 minit. Sesi pengenalan kepada perkakasan komputer dijalankan kepada murid tabika. Para murid diajar satu persatu tentang komponen-komponen asas komputer dan seterusnya mereka diajar menggunakan laman web www.hellokids.com dan www.onlinepianist.com untuk sesi e-learning mewarna secara atas talian dan bermain muzik seperti piano dan drum. Akhir sekali, program ditutup dengan majlis penyerahan cenderahati ikhlas daripada pihak PI Kg Ranau atas kehadiran dan kerjasama daripada Pihak Guru dan juga murid tabika. Secara keseluruhannya, program ini disambut dengan baik dan mendapat pujian daripada para peserta program yang hadir.