Tarikh : 14 September 2019 Masa : 3.00Pm- 5.00Pm Lokasi : Pi Kg Ranau Peserta : 8 Orang |
Tujuan
Aktiviti penulisan kreatif kanak-kanak ini diadakan untuk menjana minda dan membentuk minat untuk menulis dan menjadi seseorang penulis. Selain itu, aktiviti ini dapat untuk mewujudkan budaya kritikal penuh kreatif serta inovatif dalam pemikiran budaya, sastera dan budaya. Penulisan kreatif ini bertujuan untuk menyatakan pemikiran , perasaan dan emosi dan daya kreativiti yang tentunya unik dalam memyampaikan sesuatu maklumat dan berita. Para peserta menggunakan Ms Word 2016 untuk menaip hasil penulisan mereka seterusnya kemahiran ICT dapat dipraktikan secara langsung.
Aktiviti
Aktiviti ini dijalankan menggunakan Ms Word 2016, petugas memberikan penerangan kepada peserta mengenai maksud penulisan kreatif. Melalui aktiviti ini, peserta dibimbing bagi menghasilkan karya dalam bentuk cerita pendek. Mereka didedahkan kepada bentuk asas penulisan dan cara untuk mencari ilham. Petugas juga memberikan beberapa contoh hasil karya penulisan kreatif kepada peserta supaya mereka lebih memahami konsep penulisan ini. Peserta juga menghasilkan beberapa cerita pendek mengikut kreativiti dan minat mereka. Seterusnya teknik asas penulisan kreatif dapat dipraktikan dan dilaksanakan kepada peserta.