Tujuan

Kelas ini bertujuan untuk melatih para peserta mahir dalam menggunakan perisian komputer iaitu Microsoft Office Power Point 2016. Kelas atau aktiviti ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada penggunaan Ms Power Point kepada pelajar muda diperingkat sekolah dan mengetahui akan komponen-komponen yang terdapat didalam Ms Power Point 2016. Disamping itu juga, kelas ini bertujuan agar para peserta dapat mengikuti kelas ICT dengan lebih menarik iaitu dengan menerapkan aktiviti tugasan atau topik yang menarik sebagai contoh isu-isu semasa untuk mempermudahkan pembelajaran penggunaan Ms Power Point 2016. Selain itu juga, kelas ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para peserta akan aplikasi Dashboard Komuniti dan mengetahui lebih lanjut tentang fungsi Dashboard Komuniti kepada mereka terutama myskool. 

Aktiviti

Aktiviti ini dijalankan menggunakan Ms Power Point 2016 dan juga laman web Dashboard Komuniti, petugas memberikan penerangan kepada peserta mengenai penggunaan Ms Power Point dan menerangkan komponen-komponen yang terdapat didalam Ms Power Point. Melalui aktiviti ini, peserta dibimbing untuk menyiapkan sebuah pembentangan dan topik yang menarik iaitu berkenaan isu-isu semasa yang terkini berkenaan dengan bencana iklim/cuaca (Jerebu) yang sedang melanda di Negara kita. Hal ini agar para pelajar peka dengan isu-isu semasa kini dan dapat mengetahui serba sedikit sebanyak ilmu pengetahuan semasa mengikuti aktiviti/kelas ini di Pusat Internet. Secara keseluruhannya, para pelajar memahami menggunakan Ms Power Point dan ada yang sudah mahir dan cepat mempelajarinya.

Gambar Disini