Tujuan

Aktiviti ini bertujuan untuk memberi pengetahuan isu-isu semasa kepada para pelajar mengenai fenomena jerebu yang sedang melanda negara pada saat ini. Masalah pencemaran udara yang dialami oleh negara pada masa kini banyak memberi kesan kepada masyarakat seperti masalah kesihatan akibat lelah, jangkitan pernafasan serta iristasi kulit dan mata. Melalui aktiviti ini, pelajar akan lebih mengetahui tindakan-tindakan yang perlu dilakukan dalam mengatasi masalah jerebu ini. Disamping itu, pelajar dapat meningkatkan ilmu pengetahuan semasa berada di Pusat Internet dalam melakukan aktiviti-aktiviti yang berfeadah. 

Aktiviti

Aktiviti ini dijalankan menggunakan slide pembentangan yang telah disediakan oleh petugas mengenai isu jerebu. Melalui pembelajaran ini, pelajar dapat mengetahui punca-punca jerebu dan kesan masalah ini kepada masyarakat terutamanya golongan kanak-kanak. Penayangan video dan sesi soal jawab turut diadakan supaya pelajar lebih memahami tajuk ini sekaligus dapat menjadikan Pusat Internet sebagai One Stop Center kepada masyarakat.

Gambar Disini