Tujuan

Latihan ini bertujuan untuk memberi kemahiran keusahawanan secara berterusan melalui suntingan imej menggunakan perisian Adobe Photoshop CS6. Latihan ini  dapat membantu peserta mempromosikan dan mempelajari bagaimana untuk menyunting imej terutamanya poster iklan dan kad bisnes dalam pemasaran produk mereka di media sosial. Kesedaran pentingnya internet pada masa kini dan kesedaran kemahiran keusahawanan yang luas melalui penggunaan internet (Online Marketing).

Aktiviti

Petugas PI memberi penerangan tentang kepentingan internet dalam kemahiran keusahawanan pada masa kini kepada peserta. Kemudian kemahiran keusahawanan untuk suntingan imej diteruskan, Petugas PI mengajar cara-cara menyunting gambar menggunakan adobe photoshop. Peserta diberikan tugasan untuk menyunting imej dan akan dinilai oleh petugas PI Kg Ranau. Melalui aktiviti ini peserta akan lebih mengingati cara-cara menyunting imej untuk membuat poster dan kad bisnes untuk kegunaan kerja mereka.

Gambar Disini