Tujuan

Aktiviti ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada ahli pi tentang kesan viral bentuk baharu buli siber kepada seseorang individu dan juga kebaikan dan keburukan internet kepada mereka. Selain itu, memberi kesedaran tentang pentingnya ilmu ICT dan keselamatan penggunaan internet dengan "Klik Dengan Bijak" sebagai pengguna internet pada masa kini. Menurut Raskauskas dan Stolz (2007) mendefinisikan buli dalam kategori ini sebagai sebarang serangan bukan fizikal. Ia termasuk menghina, mengejek, menipu, mempersenda, menyebar berita palsu atau mengancam seseorang menggunakan medium siber. Aktiviti ini juga bertujuan untuk mengisi masa lapang para ahli pi waktu petang dan mendekatkan lagi mereka dengan PI Kg Ranau. 

Aktiviti

Aktiviti bermula dengan sesi tayangan video siber buli dilaman youtube. Kemudian petugas pi memberi penerangan tentang kesedaran keselamatan ketika menggunakan internet melalui laman web www.klikdenganbijak.com . Seterusnya menjalankan aktiviti soal jawab untuk menguji kefahaman para ahli pi yang hadir. Kesan buli siber kepada sesorang terutamanya kanak-kanak boleh menganggu perkembangan emosi kanak-kanak dan menyebabkan rasa rendah diri. 

Gambar Disini