Tarikh : 08 Oktober 2019 Masa : 2.00Pm- 5.00Pm Lokasi : Pi Kg Ranau Peserta : 17 Orang |
Kelas ICT pada kali ini adalah bertujuan untuk memberi latihan kemahiran secara praktikal Microsoft Publisher kepada para pelajar sekolah. Melalui aktiviti ini, para pelajar yang sudah pernah mengikuti kelas ict akan membuat Kad Ucapan terima kasih dan ucapan Hari jadi. Disamping itu juga, dapat memperkenalkan mereka tentang pentingnya penggunaan komputer pada masa kini. Sekaligus, mendedahkan mereka bagaimana menggunakan komputer dengan baik.
Aktiviti
Terlebih dahulu, para pelajar di beri penerangan mengenai aktiviti menggunakan Ms Publisher dalam membuat kad ucapan terima kasih dan harijadi. Kemudian, para pelajar meneruskan tugasan mereka dan Petugas PI juga membantu pelajar sekiranya mereka memerlukan bantuan. Secara keseluruhannya, para peserta dapat memahami fungsi serta kegunaan komponen yang ada didalam Ms Publisher 2016 dengan lebih terperinci dengan adanya aktiviti ini.