Tarikh : 09 Oktober 2019 Masa : 2.00Pm- 5.00Pm Lokasi : Pi Kg Ranau Peserta : 11 Orang |
Tujuan
Aktiviti ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada asas penggunaan komputer dan meningkatkan kemahiran menaip dengan cara yang betul sekaligus pelajar akan dapat mempelajari membuat karangan laporan menggunakan perisian ini. Peserta akan dapat belajar bagaimana cara menggunakan papan kekunci untuk menaip melalui Microsoft Word dan mengenali komponen-komponen yang terdapat didalam Microsoft Office Word 2016. .
Aktiviti
Aktiviti bermula dengan sesi penerangan ringkas daripada Petugas PI mengenai kepentingan latihan asas menaip dan juga memberi penerangan format karangan laporan kepada pelajar yang terlibat. Selepas itu, peserta akan mengikuti arahan yang diberikan bagaimana untuk membuat karangan jenis laporan dan mengajar cara-cara mengunakan papan kekunci untuk menaip melalui Ms Word 2016 .Secara keseluruhannya, para peserta memahami akan cara penggunaan papan kekunci dan kemahiran menaip dengan betul dan dapat mempelajari cara membuat karangan secara bertaip.