Tujuan

Aktiviti advokasi Youtube ( National Geographic ) dengan tajuk How Our Earth Today bertujuan untuk menyemai kesedaran tentang kepentingan terhadap usaha melestarikan alam sekitar dalam kalangan pelajar. Tidak dinafikan perkembangan terhadap revolusi industri sebenarnya adalah satu usaha untuk memperbaiki kualiti hidup manusia, tetapi tanpa disedari usaha tersebut tutut memberikan kesan terhadap kerosakan alam sekitar. Melalui aktiviti ini pelajar dapat mengetahui keadaan bumi yang telah sekian lama terkesan akibat kegiatan manusia yang semakin berleluasa melalui penayangan video.

Aktiviti

Aktiviti ini dimulai dengan sesi menerokai laman sesawang youtube dimana petugas mengarahkan para pelajar untuk mencari maklumat dan informasi tentang National Geographic yang memiliki beberapa dokumentari seperti alam sekitar, ilmu pengetahuan , budaya dan sejarah. Penayangan video menggunakan youtube dapat memberi pengetahuan lebih kepada pelajar kerana aplikasi ini mempunyai interaktif yang menarik. Petugas juga memberikan penerangan dan membuat sesi soal jawab kepada pelajar. Secara keseluruhannya, para pelajar dapat memahami pembelajaran yang dibuat oleh petugas Pusat Internet dan dapat menarik minat mereka untuk menggunakan Pusat Internet sebagai One Stop centre. 

Gambar Disini