Tujuan

Kelas ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan mengenai perkembangan arus media sosial dan menyampaikan mesej betapa pentingnya internet pada masa kini kepada golongan kanak-kanak dan belia . Internet of things bermaksud sebuah rangkaian alatan, kenderaan dan perkakasan rumah dan barang fizikal lain yang diterapkan dengan komponen elektronik, perisian dan sambungan yang menggunakan teknologi yang tinggi.  Melalui kelas ini  pada kanak-kanak dapat dididik bagaimana menggunakan internet secara betul dan selamat serta kebaikan dan fungsi internet pada masa kini yang boleh mendidik mereka untuk berfikir untuk inovasi yang melibatkan sains dan teknologi. Selain daripada itu juga, aktiviti ini dapat mengisi masa lapang para ahli PI dengan pengisian yang berguna dan dapat mendekatkan mereka dengan PI Kg Ranau.

Aktiviti

Kelas dimulai dengan sesi taklimat daripada petugas dan memberi sesi penerangan yang terperinci tentang apa itu internet  of things kepada para pelajar. Sesi penayangan video dan sesi soal jawab turut diadakan supaya mereka lebih memahami topik ini. 

Gambar Disini