Tarikh : 11 November 2019 Masa : 2.00Pm - 5.00Pm Lokasi : Pi Kg Ranau Peserta : 1 Orang |
Tujuan
Kelas ini bertujuan bagi mengasah bakat para pelajar dalam asas penyuntingan video animasi dan juga menarik minat mereka dalam bidang media animasi digital. Akhir daripada kelas ini, peserta dapat video yang bermaklumat dan berpengetahuan untuk tatapan komuniti dan keluarga. Peserta akan memperolehi kemahiran menyunting video selain kemahiran menyunting imej.
Aktiviti
Kelas dimulakan dengan sesi penerangan cara untuk menggunakan aplikasi filmora editing video dan kepentingan menyunting video untuk kegunaan pengajaran dan pembelajaran. Kemudian para pelajar akan diajar oleh petugas untuk membuat video secara satu persatu secara praktikal dan para pelajar akan mula menerokai komponen-komponen yang terdapat didalam aplikasi video animasi tersebut. Peserta dapat menggunakan hasil suntingan mereka dalam persembahan video.