Tarikh :16 November 2019 Masa : 2.00Pm- 4.00Pm Lokasi : Pi Kg Ranau Peserta : 8 Orang |
Tujuan
Aktiviti ini bertujuan untuk memaklumkan kepada wakil komuniti/ Ajk Pelaksana tentang Program yang bakal diadakan di Pusat Internet Kg Ranau. Disamping itu bertujuan untuk menerangkan objektif Program Lestari ICT dan Cakna Kesihatan yang bakal diadakan di Pusat Internet dan bertujuan mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan membina ikatan kerjasama yang baik dengan komuniti setempat.
Aktiviti
Aktiviti dimulai dengan memberi ucapan alu-aluan kepada Ketua Kampung dan AJK majlis yang hadir dan kemudian memberi penerangan tentang aturcara program yang akan dilaksanakan. Disamping itu juga, petugas mengambil kesempatan untuk menerangkan objektif atau capaian kpi Pi kepada AJK pelaksana program.