Tujuan

Kelas ini bertujuan menyampaikan mesej betapa pentingnya internet pada masa kini kepada golongan kanak-kanak menggunakan Microsoft Power Point 2016. Melalui kelas ini , kanak-kanak dapat dididik bagaimana menggunakan internet secara betul dan selamat serta kebaikan dan fungsi internet pada masa kini. Selain itu juga kelas ini untuk memberi mereka kesedaran awal untuk berwaspada ketika berinteraksi didalam talian internet. Justeru dengan adanya kelas seperti ini para kanak-kanak juga dapat didedahkan dengan penggunaan komputer dan mempelajari ilmu pengetahuan tentang kebaikan dan keburukan internet. 

Aktiviti

Kelas dimulai dengan sesi taklimat daripada petugas dan memberi sesi penerangan yang terperinci tentang apa itu internet kepada para pelajar. Kemudian mereka diarahkan untuk menerokai sendiri carian maklumat melalui google website akan fungsi internet dan keburukan kepada mereka sekiranya tidak berwaspada. Pelajar diberikan tugasan dalam kumpulan untuk membuat pembentangan mengenai Kepentingan Internet  menggunakan Microsoft Power Point. Aktiviti ini berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang baik daripada peserta.

Gambar Disini