Tarikh : 03 Disember 2019 Masa : 2.00Pm - 4.00Pm Lokasi : Pi Kg Ranau Peserta : 6 Orang |
Tujuan
Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan pendidikan secara online kepada pelajar ahli PI Kg Ranau. Program e-learning maths sifir darab ini sangat membantu meningkatkan ilmu kemahiran para pelajar didalam bidang perkiraan (ilmu matematik) dengan lebih mencabar dan efektif secara online. Program e-learning ini juga memberi kesedaran tentang pentingnya ilmu ICT kepada para pelajar pada masa kini. Disamping itu, tujuan program ini diadakan adalah agar para pelajar PI Kg Ranau memanfaatkan keahlian mereka dengan baik dan berguna.
Aktiviti
Para pelajar diberi penerangan tentang e-learning maths sifir darab terlebih dahulu oleh petugas PI. Kemudian mereka akan belajar menggunakan laman web tersebut iaitu https://www.sifirdarab.com/ dan menerokai dengan lebih terperinci permainan pendidikan yang ada terdapat didalam laman web tersebut. Sesi soal jawab turut diadakan. Secara keseluruhannya, program sebegini amat baik kepada pelajar kerana dapat mendedahkan mereka dengan sistem pembelajaran secara online yang amat menyeronokkan dan boleh menarik minat mereka untuk lebih fokus kepada subjek-subjek pembelajaran yang lebih mencabar minda pada masa kini.