Tujuan

Kelas ini bertujuan untuk memberi asas pengenalan kemahiran berkaitan Microsoft Office Word 2016 kepada para belia. Disamping itu juga, dapat memperkenalkan mereka tentang pentingnya penggunaan komputer pada masa kini. Sekaligus, mendedahkan mereka bagaimana menggunakan komputer dengan baik. Selain daripada itu, Modul ini juga bertujuan untuk memberi asas kemahiran kemahiran tentang Microsoft Office Word 2016 kepada Para belia dan memberi pendedahan asas penggunaan MS Word 2016 secara terperinci. Objektif utama kelas ini juga adalah  membimbing dan membantu mereka dengan lebih terperinci tentang penggunaan komputer dan juga mahir dalam penggunaan Microsoft Office Word 2016 yang terkini.

Aktiviti

Terlebih dahulu, para peserta akan diajar melalui teori dan praktikal. Secara teori, para peserta diajar untuk mngenali dan mengetahui setiap komponen-komponen yang terdapat didalam Ms Word 2016. Para peserta juga diajar untuk menerokai setiap penggunaan didalam Ms Word 2016 serta fungsinya. Disamping itu juga, peserta dapat mempelajari cara-cara menggunakan Ms Word untuk menaip surat rasmi. Secara keseluruhannya, para peserta dapat memahami fungsi serta kegunaan komponen yang ada didalam Ms Word 2016 dengan lebih terperinci dengan adanya kelas ICT ini. 

Gambar Disini