Tarikh : 14 Disember 2019 Masa : 2.00Pm- 4.00Pm Lokasi : Pi Kg Ranau Peserta : 10 Orang |
Tujuan
Aktiviti ini adalah bertujuan mendedahkan kepada pelajar kepada penggunaan youtube ke arah positif dan sebagai medium pendidikan yang menarik dimana petugas memberi konsep pengajaran seni visual tatarias untuk para pelajar mengimitasikan watak-watak animasi daripada youtube dan google image kemudian dilakarkan di atas kertas. Aktiviti ini juga bertujuan bagi memberi kesedaran tentang kepentingan internet dan komputer pada masa kini disamping dapat mendekatkan para ahli dan komuniti kepada Pusat Internet Kg Ranau.
Aktiviti
Aktiviti dimulai dengan memberi sedikit penerangan konsep seni tatarias kepada para pelajar kemudian para pelajar akan mula mencari sumber bahan untuk melukis tatarias wajah watak animasi yang mereka pilih.