Tarikh : 15 Disember 2019 Masa : 2.00Pm- 4.00Pm Lokasi : Pi Kg Ranau Peserta : 5 Orang |
Tujuan
Aktiviti ini adalah bertujuan untuk menjadikan kelas advokasi lebih menarik iaitu advokasi Face Painting yang menggunakan pendekatan laman web youtube sebagai sumber maklumat dan pelajaran. Face Painting adalah sebuah kegiatan seni lukis yang diaplikasikan pada wajah seseorang. Tujuan daripada aktiviti ini adalah untuk memunculkan karakter wajah dari seseorang berdasarkan lukisan yang telah dipilih. Kanak-kanak dapat mencukil bakat lukisan kreatif mereka melalui aktiviti face painting ini. Selain itu juga, ia dapat menutupi kekurangan dan memunculkan kelebihan yang dimiliki wajah penggunanya dalam segi artistik. Disamping itu juga, aktiviti ini dapat menyedarkan kepentingan internet dan komputer pada masa kini.
Aktiviti
Aktiviti dimulai dengan memberi sedikit penerangan dan pengenalan aktiviti Face Painting kepada para pelajar kemudian para pelajar akan akan diagihkan warna yang sesuai untuk digunakan dalam aktiviti ini. Peserta mula mencari sumber bahan lukisan untuk melukis pada wajah watak yang mereka pilih. Aktiviti ini sekaligus dapat mengisi masa lapang peserta sempena cuti sekolah.