Tarikh : 18 Disember 2019 Masa : 9.00Am- 11.00Am Lokasi : Pi Kg Ranau Peserta : 6 Orang |
Tujuan
Aktiviti ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada ahli pi tentang bagaimana mengenalpasti jenis-jenis penipuan kewangan . Penipuan kewangan bermaksud aktiviti di mana peralatan komputer atau rangkaian digunakan sebagai medium untuk melakukan jenayah yang melibatkan kerugian wang ringgit. Disamping itu, aktiviti ini dapat memberi kesedaran tentang pentingnya ilmu ICT dan keselamatan penggunaan internet dengan "Klik Dengan Bijak" sebagai pengguna internet pada masa kini. Aktiviti ini juga bertujuan untuk mengisi masa lapang para ahli pi waktu cuti sekolah dan mendekatkan lagi mereka dengan PI Kg Ranau.
Aktiviti
Aktiviti bermula dengan sesi tayangan video jenis-jenis penipuan kewangan dilaman youtube. Kemudian petugas pi memberi penerangan tentang maksud penipuan kewangan dan bagaimana mengelak daripada menjadi mangsa penipuan kewangan . Seterusnya aktiviti soal jawab diadakan untuk menguji kefahaman para ahli pi yang hadir.