Tujuan

Aktiviti ini bertujuan untuk merangsang dan mendidik kemampuan pemikiran dan kreativiti mereka dengan menggunakan kertas terpakai sambil menonton video dari Youtube . Selain itu, aktiviti ini boleh mengajak komuniti terutamanya kanak-kanak dan remaja dalam melakukan aktiviti berfeadah semasa waktu petang dan dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara peserta dengan Petugas Pi Kg Ranau. 

Aktiviti

Aktiviti ini dimulakan dengan pengenalan ringkas mengenai program Kreatif DIY Origami dengan Youtube dengana menggunakan kertas-kertas terpakai. Selepas itu, aktiviti Kreatif DIY Paper diteruskan dengan pembahagian bahan-bahan kepada para peserta yang telah disediakan oleh petugas PI Kg Ranau. Peserta boleh memilih kreatif DIY Origami mengikut kebolehan mereka, setelah siap para peserta dapat membawa balik hasil kreativiti mereka. Secara keseluruhannya, para peserta berjaya untuk menyelesaikan hasil kreatif mereka dengan pelbagai bentuk.

Gambar Disini