Tujuan

Kelas Advokasi Klik Dengan Bijak Media Sosial ini dijalankan supaya pelajar lebih memahami dan dapat membudayakan penggunaan internet secara positif yang berteraskan tiga aspek iaitu  keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikbertkan kawal selia kendiri dalam membendung masalah penggunaan internet dalam media sosial seperti facebook dan whatsapp. Selain itu juga, aktiviti ini dapat melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru yang semakin berkembang maju.

Aktiviti

Kelas dimulakan dengan sesi penerangan daripada Petugas PI Kg Ranau tentang topik pembelajaran Advokasi KDB & Media Sosial dengan menggunakan laman web www.klikdenganbijak.my dan sumber maklumat daripada google mengenai Pengenalan Media Sosial.  Penayangan Video dan sesi soal jawab diadakan supaya mereka lebih memahami dan mengingati sesi pembelajaran ini. Melalui aktiviti ini juga dapat mewujudkan rasa  tanggungjawab dalam kalangan pengguna internet ketika melayari internet menggunakan media sosial.

Gambar Disini