Tujuan

Aktiviti ini bertujuan untuk membantu peserta membuat jadual kelas sekolah sempena tahun baru persekolahan. Disamping itu, aktiviti sebegini dapat menyampaikan kepentingan ilmu internet pada masa kini dan juga dapat mendekatkan ahli pi dengan PI Kg Ranau. 

Aktiviti

Aktiviti dijalankan dengan menggunakan perisian Microsoft Word. Petugas PI Kg Ranau memberi penerangan cara-cara membuat jadual kelas sekolah. Selain itu,  Petugas PI sekaligus memberi tunjuk ajar cara menaip, membuat kotak jadual dan memasukan gambar. Peserta di berikan tugasan membuat jadual kelas sekolah mengikut hasil kreativiti mereka dan mencetak jadual tersebut dengan bantuan Petugas PI. Melalui aktiviti ini mereka akan lebih mengingati dan boleh menggunakan perisian ini. 

Gambar Disini