Tarikh : 09 Januari 2020 Masa : 2.00Pm- 5.00Pm Lokasi : Pi Kg Ranau Peserta : 13 Orang |
Tujuan
Aktiviti advokasi Youtube Penyampaian Komunikasi ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan masyarakat terutamanya golongan kanak-kanak dan belia. Komunikasi merupakan suatu asas yang penting bagi meningkatkan pengetahuan individu berdasarkan maklumat dan informasi yang mereka terima dalam persekitaran mereka. Selain itu, aktiviti ini juga dapat membantu menerapkan nilai-nilai murni dalam masyarakat kerana penyampaian komunikasi sangat penting dalam proses menghasilkan, membentuk dan mengekalkan perhubungan dan nilai-nilai murni dalam setiap aspek kehidupan bermasyarakat. Peserta dapat mengetahui kepentingan dan tujuan penyampaian komunikasi yang dapat membantu memberi pemahaman yang baik.
Aktiviti
Aktiviti ini dimulai dengan sesi menerokai youtube dimana petugas mengarahkan para pelajar untuk mencari maklumat dan informasi tentang maksud Penyampaian Komunikasi. Petugas menerangkan beberapa cara penyampaian komunikasi yang sering digunakan oleh masyarakat iaitu komunikasi verbal dan non-verbal. Sesi soal jawab dan penayangan video turut diadakan supaya peserta memahami konsep penyampaian yang betul. Secara keseluruhannya, para pelajar dapat memahami pembelajaran yang dibuat oleh petugas Pusat Internet dan dapat menarik minat mereka untuk menggunakan Pusat Internet sebagai One Stop centre.