Tujuan

Pendaftaran Ahli Baru 2020 Kelab Silat Olahraga Warisan Kota Marudu dengan kerjasama Pusat Internet Kg Ranau telah diadakan bagi memperkenalkan kepada penduduk setempat tentang Kelab Silat Olahraga Warisan dan pencarian atlet sukan pencak silat diteruskan. Melalui kerjasama ini sekaligus dapat memperkenalkan fungsi dan perkhidmatan yang disediakan oleh PI Kg Ranau serta membina hubungan yang baik di antara penduduk setempat dengan petugas PI. Selain itu juga, tujuan aktiviti ini diadakan bagi meningkatkan bilangan keahlian baru PI Kg Ranau dan menjadikan PI sebagai pusat tumpuan ICT. 

Aktiviti 

Aktiviti dimulakan dengan sesi pendaftaran ahli baru untuk Kelab Silat Olahraga Warisan  dan Pusat Internet Kg Ranau. Sesi penerangan daripada Presiden Kelab Silat Olahraga Warisan iaitu Mohd Zulkairi Bin Md Daud mengenai kelab ini. Kemudian sesi latihan untuk ahli baru dijalankan bersama pelatih kelab silat olahraga warisan.  Melalui aktiviti ini dapat meningkatkan hubungan silaturahim antara warga komuniti dengan Petugas PI serta dapat membentuk displin melalui pencak silat, hindari jenayah dan gejala negatif. 

Gambar Disini