Tujuan

Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk membentuk keyakinan pelajar berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dan menyokong mereka melalui setiap peringkat perkembangan utama. Terdapat keseimbangan antara tatabahasa, bahasa , perkembangan peribadi sosial dan emosi dalam pembelajaran asas bahasa Inggeris ini. Aktiviti ini mampu membangkitkan minat pelajar untuk menguasai bahasa ini. Disamping itu, pelajar juga dapat membaiki kebolehan membaca, menulis dan bercakap dengan mengikuti aktiviti yang interaktif dan ceria. 

 Aktiviti

Para pelajar diberi penerangan tentang e-learning bahasa inggeris terlebih dahulu oleh petugas PI menggunakan laman web iaitu https://www.lingohut.com/ms/l1/belajar-bahasa-inggeris untuk latihan tatabahasa, perbendaharaan kata.  Penayangan video dari Youtube turut diadakan supaya aktiviti ini lebih ceria.  Secara keseluruhannya, program sebegini amat baik kepada pelajar kerana dapat mendedahkan mereka dengan sistem pembelajaran secara online yang amat menyeronokkan dan boleh menarik minat mereka untuk lebih fokus kepada subjek-subjek pembelajaran yang lebih mencabar minda pada masa kini. 

Gambar Disini