Tujuan

Aktiviti Advokasi Social Media can be harm to you diadakan bertujuan untuk mendidik generasi muda tentang penggunaan media sosial secara sihat. Penggunaan media sosial dan teknologi  telah mengubah cara manusia berinteraksi dan persekitaran perkembangan generasi muda. Peserta juga dapat mengetahui kesan buruk penggunaan media sosial jika digunakan secara berlebihan. Terdapat statistik menunjukan peningkatan dalam kemerosotan psikologi remaja selari dengan peningkatan penggunaan media sosial seperti masalah kekurangan tidur dan kemurungan Facebook. Oleh itu, melalui aktiviti ini dapat meningkatkan kesedaran  berhati-hati dan menetapkan had penggunaan  teknologi.

Aktiviti

Kelas dimulakan dengan sesi penerangan daripada Petugas PI Kg Ranau tentang topik pembelajaran Advokasi Social Media can be harm to you . Penayangan Video dan sesi soal jawab diadakan supaya mereka lebih memahami dan mengingati sesi pembelajaran ini. Melalui aktiviti ini juga dapat mewujudkan rasa  tanggungjawab dalam kalangan pengguna internet ketika melayari internet menggunakan media sosial.

Gambar Disini